PERKAHWINAN, PERCERAIAN, KAHWIN SEMULA, TUKAR AGAMA, DAN MENERIMA KOMUNI KUDUS

Pendahuluan

Saya ingin membincangkan topik ini, sebab ia sering ditanyakan oleh umat sewaktu seminar apa juga bentuk seminar. Saya percaya ia adalah topik yang relevan pada masa kini. Saya bukanlah pakar di dalam hal ini namun oleh kerana ia sebagai topik yang sering ditanyakan saya cuba untuk memberi penjelasan. Semoga penjelasan ini bermanfaat untuk semua pihak.

1. PERKAHWINAN

1.1 Perkahwinan sebagai Sakramen

PENGANTAR

Makna perkahwinan sebagai sakramen dapat kita fahami dalam beberapa langkah. Langkah pertama, kita melihat lebih dahulu makna sakramen pada umumnya, lalu mencari perkara-perkara yang khas pada sakramen perkahwinan. Pada langkah kedua, kita rumuskan, tentang rahmat yang diterima oleh kedua mempelai yang saling menerimakan sakramen perkahwinan itu. Akhirnya, pada langkah ketiga, kita melihat rahsia ilahi yang hendak dilambangkan oleh Gereja melalui sakramen perkahwinan itu.

SAKRAMEN MENAMPAKKAN KEHADIRAN KRISTUS

Ada beberapa ahli katekesis yang mengusulkan suatu penjelasan tentang sakramen secara sederhana, iaitu bahawa sakramen adalah perayaan iman umat yang percaya akan kehadiran Kristus di tengah mereka. Penjelasan itu dirasa akan lebih mudah difahami oleh umat, daripada penjelasan-penjelasan teologis yang rumit dan abstrak seperti biasa diajarkan.

Oleh itu sakramen perkahwinan dapat kita fahami sebagai kehadiran Kristus dalam hidup suami-isteri sebagai pasangan. Kita dapat menjelaskan perkara ini lebih-lebih lagi di dalam Injil Yohanes bab 2, tentang perjamuan perkahwinan di kota Kana. Kisah itu mengungkapkan bagaimana Yesus, Bonda Maria dan para rasul, hadir dalam suatu pesta perkahwinan. Tuhan Yesus bahkan tidak hanya hadir, melainkan juga menyelamatkan keluarga mempelai daripada itu dengan rahmat yang luar biasa: dengan mengubah air menjadi anggur, sehingga keluarga mempelai tidak kehilangan muka!

Berdasarkan kisah perkahwinan di Kota Kana itu sakramen perkahwinan dapat kita fahami sebagai berikut: sakramen perkahwinan adalah kehadiran Kristus secara rohani di tengah suami-isteri dan anak-anak mereka. Kehadiran Kristus itu bukan kehadiran pasif, melainkan kehadiran yang menjanjikan bantuan dan pertolongan yang mereka perlukan dan mereka mohon.

Kehadiran Kristus itu tentu saja tidak lagi terjadi secara kelihatan seperti di Kota Kana pada waktu itu, melainkan secara rohani. Namun, walaupun tidak kelihatan, Tuhan benar-benar hadir. Hal itu kita yakini, sebab beliau sendiri telah berjanji, bahawa beliau akan hadir setiap kali dua atau tiga orang berkumpul atas nama-Nya. Di dalam keluarga kristian, memang selalu hadir lebih dari satu orang Kristian iaitu suami-isteri serta anak-anak mereka.

RAHMAT SAKRAMEN PERKAHWINAN

Mengenai rahmat yang ditawarkan melalui sakramen perkahwinan, dapat kita fahami sebagai berikut: rahmat itu terutama merupakan bantuan Ilahi bagi suami-isteri, supaya keduanya berhasil menjadi suami-isteri dan bapa-ibu yang kristiani. Bahkan dapat diharapkan, bahawa rahmat perkahwinan itu juga merupakan bantuan Ilahi kepada anak-anak mereka sehingga anak-anak itu dalam perkembangan mereka menjadi manusia yang berkenaan kepada Tuhan.

Namun rahmat yang ditawarkan itu bukan sesuatu seperti mesin otomatik, yang secara otomatik mengeluarkan rahmat. Melalui Sakramen Perkahwinan, Kristus menawarkan bantuan tanpa memaksa, tetapi pasti akan diberikan asal saja kedua mempelai membuka diri terhadap anugerah-anugerah-Nya. Bahkan, lebih baik lagi, kedua mempelai itu memohon dan mengharap-harap anugerah rahmat itu.

Sekiranya perlu juga ditambahkan, bahwa sakramen perkahwinan itu suatu sakramen yang bersifat tetap ertinya: tidak hanya diterima pada saat kedua mempelai itu berkahwin di depan altar lalu selesai, melainkan tetap berlangsung terus selama mereka hidup di dunia. Kristus secara tetap berkenan hadir di tengah-tengah kedua mempelai, dan secara terus-menerus menawarkan rahmat yang mereka perlukan.

LAMBANG HUBUNGAN ANTARA KRISTUS DAN UMATNYA

Setiap sakramen melambangkan suatu rahsia Ilahi, yang tidak kelihatan tetapi jauh lebih agung daripada lambang-lambangnya sendiri.

Menurut Kitab Suci, perkahwinan yang didasari cintakasih sejati merupakan salah satu lambang dari cintakasih Tuhan terhadap manusia. Tuhan itu penuh cintakasih, dapatlah dimengerti bahawa lambangnya juga cintakasih. Cintakasih Ilahi dilambangkan dalam cintakasih manusiawi.

Dalam kitab Perjanjian Lama, perlambangan semacam itu antara lain terungkap dalam kitab Hosea bab 1:3. Nabi Hosea mengalami suka-duka yang unik dalam perkahwinannya dengan isterinya, Gomer. Walaupun isterinya itu jelas menyeleweng, Tuhan tidak menyetujui rencana Hosea untuk menceraikannya. Ia justru harus mencari isterinya itu, dan menebusnya dari lelaki yang menguasainya.

Pengalaman isteri yang tidak setia dan perintah Tuhan agar suami tetap setia itu menyedarkan nabi Hosea akan warna hubungan antara Tuhan dan Israel, umat-Nya. Walapun Israel seringkali tidak setia kepada Tuhan, ternyata Tuhan tetap setia. Melalui kesedaran itulah nabi Hosea kemudian berani menyatakan, bahwa perkahwinan merupakan lambang dari hubungan antara Tuhan dan umat-Nya.

Ajaran yang indah dari Kitab perjanjian Lama itu kemudian muncul berberapa kali dalam Perjanjian Baru, antara lain dalam surat Efesus bab 5. Tetapi gagasan itu dirumuskan secara terbalik oleh Paulus.

Paulus meminta agar suami mencintai isterinya, seperti Kristus mencintai umat yang percaya kepada-Nya, dan agar isteri mencintai suaminya iaitu dengan cara mentaatinya, seperti juga umat taat kepada Kristus. Seperti Kristus menjaga dan menyucikan isterinya.

Begitunya, akhirnya Gereja Katolik mengembangkan ajaran Kitab Suci itu dengan mengajarkan, bahwa sakramen perkahwinan melambangkan hubungan cintakasih antara Kristus dan umat-Nya.

1.2 PERKAHWINAN SEBAGAI PERSEKUTUAN SUAMI-ISTERI.

PENGANTAR

Dipandang dari sudut iman Katolik, perkahwinan merupakan sebuah sakramen. Dipandang dari sudut hukum, perkahwinan merupakan lembaga yang dilindungi serta diatur oleh hukum perkahwinan negara dan hukum perkahwinan agama. Tetapi dilihat dari sudut psikologi mahupun sosiologi, perkahwinan merupakan suatu persekutuan menyeluruh dari suami dan isteri.

PERSATUAN TUBUH

Segi pertama adalah segi yang nampaknya paling penting dan bermakna iaitu : persatuan tubuh. Sejak berkahwin, suami isteri mempersekutukan diri melalui persatuan tubuh mereka dengan berhubungan seksual. Persatuan tubuh itu merupakan ungkapan serta sekaligus sarana pemeliharaan cintakasih. Tanpa kasih dan kesukarelaan antara kedua pihak, persekutuan tubuh dapat merupakan perkosaan dan pemuasan nafsu sepihak semata-mata. Tetapi dengan kasih dan kesukarelaan, hubungan seks menjadi ungkapan dan sarana pemeliharaan kasih suami isteri yang amat penting dan bermakna. Dalam pratik, tidak selalu ada kesukarelaan dalam hubungan seks, sebab keperluan dan minat di bidang seks kadang-kadang hanya dialami oleh salah satu dari keduanya.

PERSATUAN HARTA DAN WANG

Segi kedua amat penting iaitu : persatuan dan pemilikan harta benda bersama. Waktu berpacaran dan bertunangan, calon suami-isteri memiliki dan mengatur kewangan masing-masing. Tetapi sesudah perkahwinan. Sebagai suami-isteri, layaklah bahwa mereka mempersatukan kewangan dan harta mereka. Walaupun mungkin hanya salah satu saja yang bekerja dan menghasilkan wang, selayaknya bahwa mereka bersma-sama mengelola wang dan membeli serta memelihara barang-barang bersama. Kebersamaan dalam mengatur wang dan membeli harta-benda itu dalam perjalanan waktu akan mempersekutukan hati suami-isteri.

PERSATUAN TEMPAT TINGGAL

Segi ketiga yang mempunyai kepentingan psikologis yang besar iaitu: persatuan tempat tinggal. Selama bertunangan kedua calon suami-isteri masih hidup terpisah, walaupun sering bertemu pada akhir minggu. Dalam suasana seperti itu, kedua pihak masih amat menjaga penampilan, sehingga mereka tidak dapat saling mengenal “apa adanya”. Setelah perkahwinan, pentinglah bahawa keduanya segera hidup di satu tempat tinggal bersama. Sebab, persatuan tempat tinggal akan memungkinkan mereka saling mengenal “apa adanya”. Memang, hal itu juga dapat menimbulkan krisis-krisis pada kedua pihak. Namun krisis-krisis itu justru akan mempersatukan suami-isteri secara leibh erat, bila dapat mereka atasi dengan dewasa.

PERSATUAN JIWA

Segi keempat bersifat bukan material, iaitu persatuan jiwa. Yang disebut “jiwa” itu sekurang-kurangnya menyangkut fikiran, perasaan, dan kemahuan atau kehendak. Oleh kerana itu, persekutuan mental diusahakan dan ditumbuhkan terutama dengan saling bertukar fikiran, perasaan, dan kemahuan. Tukar fikiran terjadi dengan perbincangan, saling mengutarakan pendapat, wawasan atau pandangan. Tukar perasaan terjadi dengan saling mengungkapkan perasaan secara jujur, tidak ditutup-tutupi, tidak liar dan tetap terkendali. Tukar kemahuan bererti saling mengungkapkan kemahuan atau kehendak, walaupun kemahuan itu tidak akan selalu disetujuhi dan didukung oleh pasangan hidup.

PERSATUAN IMAN

Segi kelima juga bersifat bukan material, iaitu persatuan iman. Iman bererti: sikap penyerahan diri kepada Tuhan. Sikap penyerahan itu harus tulus dan jujur, sehingga ungkapan-ungkapannya tidak merupakan topeng yang sebenarnya menutupi ketidakkepercayaan. Suami-isteri perlu berusaha sampai pada persatuan iman. Sebab hanya dengan demikian, keduanya mampu memberikan kesaksian iman yang meyakinkan kepada anak-anak mereka mahupun kepada orang-orang lain di luar rumah. Walaupun sikap penyerahan itu terutama ada di dalam batin sikap itu berkembang bila diungkapkan dan diwujudkan. Ungkapan iman misalnya kelihatan melalui doa peribadi, doa dan ibadat bersama, terutama perayaan sakramen-sakramen. Sedang perwujudan iman berbentuk cara hidup sehari-hari, yang sesuai dengan kehendak Tuhan.

Persekutuan suami-isteri bersifat menyeluruh, bila kelima segi di atas tumbuh baik secara seimbang. Dalam pendampingan, segi-segi yang masih teratur perlu didukung, supaya segi-segi persatuan itu berkembang seimbang.

2.PERCERAIAN

Setelah kita melihat ajaran Alkitab dan Gereja di atas mengenai perkahwinan. Kita tahu juga bahawa bukan semua perkahwinan akan tetap sampai pada akhirnya. Seperti yang diungkapkan di dalam janji perkahwinan tiada yang dapat memisahkan kecuali kematian.

Apabila perceraian itu terjadi sudah tentu membawa banyak penderitaan khususnya kepada anak-anak kepada siapa yang mereka akan tinggal bersama dimasa akan datang.

Jika perceraian itu terjadi juga sudah tentu kedua pihak akan menerima banyak cabaran di dalam hidup. Di antaranya ialah apabila pasangan itu sudah mengucapkan janji kesetiaan di hadapan Tuhan sewaktu hari pernikahan kemudian tiba-tiba salah seorang pasangan itu bercerai dan memeluk agama Islam. Dari sudut ajaran Katolik walaupun secara sivil mereka telah bercerai secara rasmi namun Gereja masih menganggap bahawa janji perkahwinan itu tetap wujud antara mereka berdua. Perceraian tidak dibenarkan dan tidak diakui oleh Gereja. Sebab pada awal dunia, Allah menjadikan mereka laki-laki dan perempuan, sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu. Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia.“ Mat 19:5-6 & Mrk 10:6-9

3.Menerima Komuni Kudus oleh mereka yang telah Bercerai dan Kahwin semula

Di dalam topik ini kita perlu sama-sama melihat kembali surat. “Letters to the Bishops of the Catholic Church Concerning the Reception of the Holy Communion by Divorced and Remarried Members of the Faithful”. Congregation for the Doctrine of the Faith 1994 Year of the Family. Joseph Card Ratzinger, Perfect dan Alberto Bovone, Titular Archbishop of Caesarea in Numidia, Secretary.

Kehadapan Yang Mulia para Uskup

1. Pada tahun Antarabangsa Keluarga ini amat penting untuk menemui semula banyak tanda kasih Gereja kepada keluarga dan pada masa yang sama memberikan ajaran perkahwinan Kristiani yang sangat bernilai sebagai asas keluarga.

2. Di dalam kontek dimana terdapat banyak penderitaan dan keperitan yang dihadapi oleh mereka yang mana perkahwinan mereka tidak regular perlu diberi perhatian khusus.para gembala diminta untuk membantu mereka mengalami kemurahan hati Kristus dan kasih keibuan Gereja terhadap mereka, menerima mereka dengan kasih, menggalakkan mereka untuk berharap kepada belas kasihan Tuhan dan dengan penuh hormat serta mencadangkan mereka cara-cara pertaubatan yang konkrit di dalam kehidupan komuniti Gereja.

3. Walau bagaimanapun, kita perlu menyedari pengertian sejati belas kasihan tidak dapat dipisahkan dengan kebenaran, para paderi mempunyai tanggungjawab untuk mengingatkan umat tentang doktrin Gereja mengenai perayaan sakramen-sakramen khususnya menerima Komuni Kudus. Sejak kebelakangan ini diberbagai tempat, berbagai penyelesaian telah dicadangkan yang mana yang telah bercerai dan kahwin semula tidak boleh menerima Komuni Kudus, tetapi mereka boleh menerimanya sekiranya dalam kes-kes khusus apabila mereka dibenarkan oleh otoriti di mana mereka menganggap menurut pertimbangan suara hati mereka. Sebagai contoh, apabila mereka telah ditinggalkan sepenuhnya tanpa keadilan, walaupun mereka dengan ikhlasnya berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan dahulu itu, atau apabila mereka yakin bahawa perkahwinan dahulu itu memang tidak sah, walau tidak dapat membuktikanya secara forum terbuka atau apabila mereka telah sekian lama membuat renungan dan pertaubatan, atau apabila untuk sebab-sebab moral yang sah mereka tidak dapat memenuhi tanggangungjawab untuk berpisah.

Di tempat lain dicadangkan juga supaya situasi dan keadaan mereka dapat diperiksa secara objektif, mereka perlu membuat konsultasi dari paderi yang pakar dan arif. Walau bagaimanapun Paderi ini harus akhirnya menghormati keputusan suara hati apabila datang untuk menerima Komuni Kudus tanpa menekanan secara rasmi.

Di dalam kes ini dan kes-kes yang sama ia adalah toleransi dan kebaikan pastoral dalam mencari keadilan kepada situasi yang berbeza untuk mereka yang telah bercerai dan kahwin semula.

4. Walaupun jika penyelesaian anologi telah dicadangkan oleh beberapa Bapa-Bapa Gereja dan amalan telah diambil namun tidak pernah mencapai kesempatan untuk membentuk doktrin umum Gereja mahupun disiplinnya. Ia tertakluk kepada Magisterium sejagat, dalam kesetiaan kepada ajaran Alkitab dan Tradisi, untuk mengajar dan menginterpretasi keaslian disposisi iman.

Dengan menghormati cadangan-cadangan pastoral, Kongregasi ingin mengingatkan kembali doktrin dan disiplin Gereja tentang perkara ini. Dalam kesetiaan kepada Firman Yesus Kristus, Gereja mengesahkan bahawa perkahwinan semula tidak boleh dianggap sah jika perkahwinan dahulu itu sah. Jika kahwin semula secara sivil, mereka dapati diri mereka dalam situasi secara objektif bertentangan dengan hukum Ilahi. Akibatnya, mereka tidak boleh menerima Komuni Kudus selagi mereka masih berada di dalam keadaan itu.

Norma ini bukan sebagai hukuman atau diskriminasi terhadap mereka yang bercerai dan kahwin semula tetapi sebagai ungkapan situasi objektif bahawa mereka tidak dapat menerima Komuni Kudus: “Mereka tidak diperbolehkan dari fakta kedudukan dan keadaan hidup yang bertentangan bahawa kesatuan kasih antara Kristus dan Gerejanya yang mana dilambangkan dan mempunyai kesannya dalam Ekaristi. Selain daripada itu satu lagi sebab pastoral khusus: jika orang-orang ini dibenarkan menerima Komuni, umat akan menjadi keliru dan bingung mengenai ajaran Gereja tentang perkahwinan yang tidak tercerai.

Umat yang terus berada di dalam situasi itu mungkin diperbolehkan menerima Komuni Kudus hanya setelah menerima absolusi sakramen taubat, yang mana diberikan hanya kepada mereka bertaubat telah melanggar Kovenan/Perjanjian dan kesetiaan kepada Kristus dan dengan sungguh-sungguh iklhas bersedia mengubah cara hidup yang tidak lagi bercanggah dengan ajaran perkahwinan tidak tercerai. Ini bermaksud apabila ada sebab-sebab yang kukuh seperti, membesarkan dan mendidik anak, lelaki dan wanita yang tidak dapat memenuhi tanggungjawab untuk berpisah, mereka di dalam diri mereka mengambil tanggungjawab untuk hidup sepenuhnya berpantang dari mempunyai hubungan seperti pasangan yang lain. Di dalam kes seperti itu mereka mungkin boleh menerima Komuni Kudus lagi mereka menghormati tanggungjawab untuk menjauhkan diri dari memberi skandal.

5. Doktrin dan disciplin Gereja tentang perkara ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Surat Bapa Suci Familiaris Consortio (tentang Keluarga Kristian). Di dalam surat ini antaranya mengingatkan para paderi supaya atas kasih untuk kebenaran mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengenal pasti dengan saksama situasi yang berbeza dan pada masa yang sama menggalakkan mereka melibatkan diri di dalam berbagai peristiwa dalam kehidupan Gereja. Pada masa yang sama mengesahkan dan memberitahu ajaran Gereja yang tetap dan amalan universal ini, berdasarkan Alkitab, tidak membenarkan yang bercerai dan kahwin semula menerima Komuni Kudus. Struktur Surat itu dan nada kata-katanya memberi penjelasan yang jelas bahawa ajaran itu tidak boleh diubah kerana situasi yang berbeza.

6.Umat yang hidup bersama sebagai suami isteri dengan orang yang bukan pasangannya yang sah tidak boleh menerima Komuni Kudus. Jika mereka anggap diri mereka benar untuk berbuat demikian, para paderi dan paderi yang mendengar Sakramen Taubat harus megambil perkara ini serius untuk kebaikan rohani orang-orang ini serta juga untuk kebaikan seluruh Gereja, para paderi mempunyai tanggungjawab yang serius untuk menegur bahawa berbuat demikian secara terbuka suara hati itu bertentangan dengan ajaran Gereja. Para paderi juga harus mengingatkan umat tentang doktrin ini.

Ini tidak bermaksud Gereja tidak memperdulikan situasi mereka, lagi pula mereka tidak disingkirkan dari Komuni Kristian. Gereja sangat ambil perhatian untuk menemani mereka secara pastoral dan mengundang mereka ikutserta dalam kehidupan Gereja sesuai dengan disposisi hukum Ilahi yang mereka Gereja tidak mempunyai kuasa untuk melonggarkannya. Disebaliknya umat yang berada di dalam situasi tersebut harus diberitahu bahawa penglibatan di dalam kehidupan Menggereja tidak hanya kepada persoalan menerima komuni sahaja. Umat tersebut harus dibantu untuk memperdalamkan pengertian mereka tentang nilai korban Kristus di dalam Misa Kudus bahawa mereka masih boleh menerima Kristus secara Komuni Rohani, berdoa dan merenung Sabda Tuhan serta juga kerja-kerja amal dan keadilan.

7. Kesilapan umat yang bercerai dan kahwin semula yakin bahawa dia boleh menerima komuni biasanya wujud datang dari keyakinan suara hati sendiri bahawa janji perkahwinan dahulu masih ada atau tidak ada serta juga nilai perkahwinannya yang baru. Walau bagaimanapun kedudukan demikian tidak dapat diterima. Perkahwinan sebenarnya adalah kedua-duanya ia adalah gambaran relasi suami-isteri seperti Kristus dan Gereja-Nya serta juga pada dasar kebenarannya perkahwinan itu adalah kehidupan di dalam masyarakat ia adalah realiti publik.

8. Sesungguhnya memang benar keputusan disposisi batin seseorang untuk menerima Komuni Kudus harus dibuat dengan suara hati moral yang benar-benar telah dibentuk, tetapi pada masa yang sama kebenaran dasar janji perkahwinan bukan semata-mata keputusan peribadi ia menciptakan khusus bersifat Gereja dan situasi sosial untuk kedua-dua mereka secara individu dan sebagai pasangan. Oleh itu mengadili suara hati sendiri tentang kedudukan perkahwinan sendiri bukan sahaja mengambil kira relasi Tuhan dan manusia, dan tidak ambil kira Hukum Kanoni Gerejani yang juga mengikat suara hati bererti mengingkari realiti perkahwinan Gereja yang juga adalah sakramen.

9. Para Paderi dijemput untuk membuat perbezaan dengan arif berbagai situasi mereka yang bercerai dan kahwin semula, di dalam surat untuk Keluarga Kristian mengingatkan kes mereka yang telah pasti dalam suara hati mereka bahawa perkahwinan dahulu yang tidak dapat disembuhkan lagi tidak pernah sah dari awal mulanya. Ia harus dikenalpasti dengan cara forum terbukti oleh Gereja samada secara objektif perkahwinan itu memang tidak sah. Disiplin Gereja mengesahkan tribunal Gereja yang kompiten sahaja boleh memeriksa sah atau tidak perkahwinan Katolik, juga menawarkan cara-cara baru untuk menunjukkan perkahwinan dahulu tidak sah supaya menjauhkan dari setiap percanggahan antara kebenaran yang dibuktikan dalam proses pengadilan dan kebenaran objektif oleh suara hati yang benar.

Menghormati pengadilan Gereja dan taat kepada disiplin Gereja mengenai tanggungjawab perkahwinan menurut Hukum Kanonik itu perlu ada supaya perkahwinan itu sah yang mana benar-benar menyumbangkan kebajikan rohani umat itu. Gereja adalah Tubuh Kristus dan untuk hidup dalam komuni Gereja ialah juga untuk hidup dalam Tubuh Kristus serta untuk menyegarkan diri sendiri dengan Tubuh Kristus. Dengan menerima Sakramen Ekaristi, komuni dengan Kristus Kepala tidak dapat dipisahkan dari kesatuan dengan ahli-ahlinya iaitu Gereja. Oleh sebab itu, sakramen kesatuan kita dengan Kristus adalah juga sakramen kesatuan dengan Gereja. Oleh itu tidak mungkin menerima Komuni yang bertentangan kepada norma-norma komuni. Menerima Komuni Kudus sudah terlebih dahulu menganggap menghormati peraturan dalam komuniti Gereja walaupun di dalam keadaan yang sukar, ia tidak menjadi hak dan tidak berbuah jika seorang umat menerima Komuni namun tidak mahu menghormati peraturan.

10. Sinod para uskup telah mengungkapkan hasrat mereka apa yang telah dikatakan diatas, diterima oleh Bapa Suci Yohanes Paulus II sebagai miliknya untuk dijadikan sebagai amalan dengan dedikasi serta pujian diusahakan oleh para uskup, paderi, religius dan awam perlu disedari sepenuhnya iaitu dengan sangat mengambil peduli kebajikan apa sahaja yang dapat dilakukan untuk menguatkan kasih mereka yang dalam keadaan perkahwinan yang tidak normal kepada Kristus dan Gereja. Hanya dengan demikian akan ada kemungkinan mereka dapat menerima mesej perkahwinan Kristiani dan bertahan dalam iman di dalam keadaan yang tertekan. Di dalam pelayan pastoral setiap umat harus melakukan apa sahaja mungkin memastikan ini bukannya diskriminasi tetapi hanyalah kesetiaan sepenuhnya kepada kehendak Kristus yang telah memulihkan kembali dan mempercayakan kepada kita perkahwinan tidak tercerai sebagai karunia Sang Pencipta. Sangat penting untuk para gembala dan komuniti umat untuk menderita dan untuk mengasihi dalam solidariti dengan mereka supaya mereka akan menerima beban mereka ringan dan menjadi terang beban Yesus. Beban mereka bukannya ringan tetapi akan menjadi ringan kerana Tuhan dan seluruh Gereja. Ia adalah tugasan pastoral yang mana harus dijalankan dengan penuh dedikasi untuk membantu, berdasarkan kebenaran dan kasih kepada sesama.

Bersatu bersama saudara/ri dalam dedikasi tugasan ini menjadikan kebenaran Yesus Kristus bersinar dalam kehidupan dan aktiviti Gereja, Saya tetap bersama

Dalam Kasih Tuhan

? JOSEPH CARD.RATZINGER,

Perfect


?ALBERTO BOVONE

Titual Archbishop of Caesarea di Numidia

Secretary

This entry was posted in From The Msgr and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>