Khemah Pelayan Altar Keuskupan

Persembahan semasa Malam Muhibbah

Semasa Malam Muhibbah

Turut memberi sokongan pada Malam Muhibbah ialah Fr. Ronnie, Uskup Datuk Cornelius P., Fr. Gilbert, para religius serta umat.

Buat pertama kali diadakan Khemah Pelayan Altar dari seluruh paroki di keuskupan Keningau pada 15 hingga 17 Mac 2011. Program yang dijalankan di Dataran Keuskupan Keningau ini mendapat sambutan yang sangat baik. Seramai 671 orang dari seluruh keuskupan Keningau telah datang mendaftar( Holy Cross Toboh Tambunan-54 org, St. Patrick Membakut-19 org, St. Peter Bundu Kulala Penyu-10 org, St. Yohanes Pembaptis Sipitang-9 org, St. Anthony Tenom-40 org, Mission Kemabong-67 org, St. Valentine Beaufort-21 org, Mission Sook-70 org, St Theresa Tambunan-136 org, KSFX-245 org). Sepanjang program ini berjalan, tim pelaksana telah menyajikan ceramah daripada empat orang penceramah iaitu Seminarian Clifford (Kenapa Melayani), Fr. Gilbert (Tatacara Liturgi/ Ekaristi Praktikal), Fr. Justin sj (Cabaran Pengislaman) dan Seminarian Roney (Siapakah Yesus). Ruangan pameran turut diadakan yang amat membantu para pelayan altar untuk menyegar kembali ingatan tentang makna warna yang digunakan dalam liturgi gereja, alat-alat kudus yang lazimnya digunakan dalam misa kudus seperti alat pendupaan dan sebagainya.

“Program ini amat bersesuaian dijalankan masa prapaska ini agar para pelayan altar dapat merenungi inti prapaska dengan menghayati Sabda Allah. Selain itu program ini juga dapat mewujudkan interaksi di antara para pelayan altar dari pelbagai paroki di keuskupan Keningau” kata Fr. Gilbert dalam homili beliau semasa Misa Kudus pembukaan.

Dalam ceramah yang pertama yang diberikan oleh Seminarian Clifford, beliau menekankan tentang tujuan hidup setiap orang di dunia yang bukan setakat hidup untuk menjalani rutin kehidupan seharian tetapi mempunyai tujuan iaitu untuk melayani. Menurut beliau, kita melayani pertama-tamanya ialah Tuhan dan seterusnya kepada sesama dalam apa sahaja jenis pelayanan sebagai seorang pengikut Kristus.

Para pelayan altar turut diberi pendedahan dalam bentuk praktikal yang diberikan oleh Fr. Gilbert. Sungguhpun tiada sebarang perubahan dalam tatacara pelayanan namun praktikal itu bertujuan untuk penyegaran ingatan bagi pelayan altar yang lama dan ilmu bagi yang baru berkecimpung dalam pelayanan ini.

Bukan setakat tugas pelayanan yang di titikberatkan dalam program ini malah kerohanian mereka turut diperhatikan. Dalam ceramah ketiga, Fr. Justin sj menekankan cabaran pengislaman masa kini. Beliau memberi pendedahan awal ini kepada mereka sebagai bekalan kepada mereka yang mahu meneruskan pengajian, dan mahu mencari pekerjaan setelah tamat alam persekolahan.

“Siapakah Yesus” adalah tajuk ceramah yang dipilih oleh Seminarian Roney untuk memberi motivasi kepada para pelayan altar. Beliau memperkenalkan siapakah Yesus menurut fakta sejarah dan Yesus dalam Alkitab. “Yesus adalah manusia sepenuhnya dan Tuhan sepenuhnya” tambah beliau. Menurut beliau lagi orang-orang terkenal diingati setahun atau seabad tetapi Yesus diingati sehingga lebih daripada 2000 tahun selepas Dia hidup dan tambahan pula pengikutnya pun semakin ramai. Melalui ceramah ini beliau mengajak para pelayan altar untuk merenungi kehadiran dan pribadi Yesus kerana tugas pelayanan ini adalah berkaitan dengan siapa yang diteladani dan diimani.

Misa Pengutusan kepada pelayan altar yang dipimpin oleh Bapa Uskup sendiri.

Tahniah kepada semua dan selamat melayani.

Malam kedua diadakan Malam Muhibbah dan, para pelayan altar dari setiap paroki telah memberi persembahan masing-masing.

Misa Pengutusan mengakhiri program khemah ini. Misa Kudus Pengutusan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong bersama Fr. Francis, Fr. Gilbert dan Fr. Ronnie yang juga Pembimbimg Rohani bagi pelayan altar Keuskupan Keningau. Dalam homili, beliau menjelaskan tujuan program itu dijalankan yang sudah semestinya membangun umat Allah yang efektif dan komited dalam melayani kerajaanNya. Tambah beliau dimasa akan datang diharapkan program ini dapat dipertingkatkan lagi kualiti penganjurannya. Beliau turut mengisytiharkan bahawa tahun depan khemah sebegini akan dianjurkan di dua bahagian iaitu bahagian atas (Tambunan, Keningau, Tenom dan Nabawan) dan bahagian bawah (Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Membakut) yang masing-masing akan memilih tuan rumah untuk melaksanakan program sebegini. Tahun seterusnya kesemua paroki akan bergabung semula iaitu satu keuskupan dan setiap paroki akan berpeluang menjadi tuan rumah secara bergilir-gilir.

This entry was posted in Activities, KSFX and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>