SEMINAR HIDUP BARU DALAM ROH

TENOM: Team Kelompok Inti Pembaharuan Karismatik Katolik ( KIPKK ) Paroki St. Anthony Tenom berjaya mengadakan seminar Hidup Baru Dalam Roh selama tiga hari bermula 15 Julai 2011 hingga 17 Julai 2011 bertempat di Gereja Tritunggal Mahakudus Kg. Paguokon Tengah Tenom.

Seramai 164 peserta telah menyertai seminar tersebut untuk memperdalamkan lagi iman . Seminar ini juga sebagai kesinambungan  kepada para peserta yang telah menerima Pembaptisan, Komuni Petama dan Krisma yang diadakan pada tahun ini, di sekitar Paroki St. Anthony Tenom.

Seminar didahului dengan Perayaan Ekaristi oleh Msgr. Gilbert Engan dan seterusnya memulakan katekesis dan diakhiri dengan suai kenal pada malam hari pertama.

Menurut Pengerusi Tim Pelaksana – Kat. Angeline Erus, penyertaan kali ini sangat mengalakkan dan beliau berharap kepada para peserta agar dapat memanfaatkan pengalaman mereka dan terus bertumbuh dalam iman.

This entry was posted in St Anthony Tenom and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>