Pesta Hati Kudus Yesus di Gereja Hati Kudus Mototou Sook Keningau

Bapa Uskup Cornelius Piong Merayakan Pesta Hati Kudus Yesus di Gereja Hati Kudus Mototou Sook Keningau

Umat di Gereja Hati Kudus merayakan Hari Lahir Bapa Uskup yang ke 62 tahun.

Perayaan Hati Kudus Yesus di Keuskupan Keningau telah dirayakan bersama umat di Gereja Hati Kudus Yesus Mototou pada 1hb Julai 2011. Perayaan ini memperingatkan akan belaskasih Kristus kepada semua manusia terutamanya kepada umat Katolik, akan misteri penyelamatan yang mana Allah sendiri telah datang dalam diri Yesus, memberi hatiNya untuk menebuskan dan menyucikan kita dari dosa-dosa kita.

Dalam kesempatan menyampaikan homili, Bapa Uskup menyarankan akan pentingnya bagi semua umat untuk mencontohi Hati Kudus Yesus yang bersifat cintakasih dan peka kepada keperluan orang lain. Setiap umat haruslah menyediakan hati masing-masing sebagai tempat di mana benih iman boleh bertumbuh dengan subur dan boleh membuahkan hasil yang baik agar ianya kelak menjadi inspirasi iman yang baik. Cabaran untuk menjadi pengikut Kristus tidak lepas dari menghadapi rintangan masalah dan ganguan rohani dan jasmani; semua ini boleh dijadikan pendorong untuk membangun iman jika nilai positif dapat dipelajari dari cabaran seharian, tambah Beliau.

Hidup di dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia, kita semua harus peka kepada seruan “1 Malaysia”, Bapa Uskup menekan akan bahayanya jika seruan ini disalah tafsirkan. Beliau menjelaskan bahawa 1 Malaysia, sebagai satu slogan yang bersifat kesatuan, walaupun masyarakat yang hidup di Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, perbezaan identiti setiap bangsa dan agama sentiasa terpelihara. Beliau menekankan akan pentingnya umat Katolik untuk terus hidup taat dan bangga dengan identiti Kekristianan yang mendasarkan hidup dalam Kristus, melalui Kristus dan kepada Kristus. Keakraban relasi dengan Kristus hendaklah dipupuk setiap hari melalui pemberian masa oleh setiap umat untuk datang kepada Yesus dalam doa, saat teduh, dalam kelompok doa, KKD dan dalam Ekaristi. Bapa Uskup mengakui kepentingan berkerja untuk keperluan jasmani, namun beliau bimbang akan risiko yang akan di tanggung apabila umat kita “meng-allah-kan” perkerjaan, keseronokan atau kebendaan duniawi. Dalam Matius 13 ayat 30, Yesus mengatakan bahawa sesiapa yang tidak bersama dengan Dia, dan sesiapa yang tidak bersatu dengan Dia, akan bercerai-berai, tidak ada kesatuan. Kesatuan dalam iman dalam mengikuti ajaran Allah dalam kesatuan dengan Gereja Kudus, Allah telah sendiri datang dan mengambil inisiatif untuk menyelamatkan umat yang terbuka untuk menjawab panggilanNya.

Disediakan oleh Sdri E.Liew

This entry was posted in Holy Spirit Sook and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>