GEREJA KATOLIK DI ZON APIN-APIN DILANDA BANJIR

KENINGAU Apin-Apin. Pada 30 Mei 2013 yang lalu, beberapa kawasan petempatan penduduk di tepi sungai Pegalan telah dilanda banjir. Antara kawasan yang terlibat ialah Kg. Gasabon, Kg Pangas Laut, Kg Rangkai, Kg.Sungoi dan Kapayan Lama. Pada malam sebelum kejadian hujan lebat turun tanpa henti sehingga air sungai Pegalan melimpah. Sekitar jam 1.30 pagi banjir besar mula berlaku. Kejadian ini mengakibatkan jalan raya yang menuju ke Kg.Pangas Laut dan Pangas Ulu dihanyutkan banjir. Rumah penduduk yang berada di kawasan rendah dinaiki air hingga ke paras bumbung dan jalan menuju ke dewan Kepayan Baru terputus.

Menurut sumber dari penduduk Kg Gasabon, banjir ini hampir sama seperti banjir yang berlaku pada tahun 1973. Dalam kejadian Ribut Greg pada tahun 1996 sekali lagi kawasan ini telah dilanda banjir tetapi tidak seteruk yang berlaku pada kali ini. Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Gereja Katolik Keluarga Kudus Kg Gasabon yang baru siap dibina dan dirasmikan pada November 2010 turut dilanda banjir . Gereja ini dibina hasil dari sumbangan Keuskupan dan sumbangan umat. Ketika banjir berlaku bangunan gereja ini ditenggelami air sehingga 4 kaki dalamnya. Menurut pengerusi KUK Gereja Katolik Keluarga Kudus En. Narciso Halup, kerosakan dianggarkan sebanyak RM15 000. Antara peralatan gereja yang dihanyutkan banjir ialah kerusi, dapur gereja berukuran 14 x 20 dan pagar chainlink yang baru dibina turut ranap. Barang-barang kegunaan dalam gereja juga turut mengalami kerosakan. Beberapa pihak yang berwajip telah meninjau kawasan kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Umat yang menggunakan gereja ini merasa sedih dengan kejadian ini dan berharap kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Beberapa siri gotong royong terpaksa di jalankan untuk membaik pulih keadaan.

Sumber: Dari, SUZIE F APIN-APIN.
This entry was posted in Kebajikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>